October 26, 2008

Bintang Jatuh 2 (Buat Separuh Jiwa)

Ke hadapan bintang jatuh,
Ke hadapan penyambung jiwa,
Ke hadapan separuh dari hidup...

Kau pernah lari,
Aku masih tak henti
Hingga kini aku masih mencari
Mengapa?kenapa?bagaimana?
Jawapannya masih sama; kita serasi

Biar berkurun lama datang ribut dan taufan melanda
Biar bermusim kita bercakaran, berantakan bersama
Masih kukuh teguh berpaut
Semuanya kerana jiwa kita sama
Semuanya kerana takdir Dia menemukan kita.

Kini aku masih menanti
Detik kita untuk kekal lama dan selamanya
Tiap mlmku bertemankan mu,
Tak ubah seperti bintang jatuh itu
Indah kerlipan dirimu dalam hidupku
Bersinar hatiku setiap sudut ada kamu
Biar tiada yg tahu tulusnya kita mencinta
Aku masih bangga kau bintang jatuhku
Meski aku terkadang terduduk meratap hiba
Meski aku terkadang sangka akan kehilangan jiwa
Tapi ternyata kita masih mendamba
Wahai bintang jatuhku,
Janji sumpahku yg dulu
Masih kekal begitu
Harap kau juga takkan berpaling,
Harap kau juga takkan berhenti.

-buat separuh dari jiwa,terima kasih kerana hadir setelah
bertimpa-timpa dugaan yg harus dilalui.kamu ttp kekal sbg
bintang jatuh yg indah melalui setiap sudut hati ini.-

(c) Nona Cici Suleiman, written on 260908

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home