November 20, 2008

rahim yang sama

7 semuanya
jika dikira dari mula
walau tak pernah bersua
masih dari rahim yang sama

beza sungguh perilaku dan jiwa
satu ke sana,satu ke sini,semua menyimpang
ditakdir jadi terakhir
memang jauh beza,memang jauh dari semua
tak pernah dibeza bonda
kerna semua dari rahim yang sama

kadang tercampak,kadang melari,kadang terasa tak dipeduli
walau sedari hadir dari rahim yang sama
masih banyak beza, masih banyak yang buat tak sama

apa yang disuka,dicela
apa yang diperjuangkan,terkadang dihina
apa yang dicapai,terkadang tak nampak

harap bonda semua bersatu
harap bonda lihat semua berjiwa sama
tapi sering yang terakhir itu jauhkan diri dari semua
mengapa?kenapa?
jawabnya mudah,
biar dunia tahu
biar dunia lihat
yang dicemuh,yang dicela kesukaannya,yang dihina perjuangannya
akan berdiri sendiri

5 Comments:

Blogger MaNuSiA_RuMiT said...

hidup adik-beradik memang begitu..

November 20, 2008 at 11:52 PM  
Blogger gadisbintang said...

bonda..
bukan salah kamu
mengandungkan kami...
andai kutahu sedari awal lg
aku ingin kamu pisahkan
aku dan mereka dari rahim kamu

:-(

November 21, 2008 at 12:44 AM  
Anonymous nona cici said...

walau dari rahim yg sama,
ttp perbezaan tu mmg ketara...

November 21, 2008 at 6:08 AM  
Blogger Pretty_Leeya said...

setiapnye msti berbeza kn..

November 21, 2008 at 2:06 PM  
Anonymous nona cici said...

tp perbezaan tu kalau tidak dipersoal,dikritik secara negatif,dipandang rendah,takpe..ini......hmmmmm

November 21, 2008 at 7:22 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home