November 03, 2007

Aku Tak Sedar atau Tak Perasan??

aku tak sedar
aku tak perasan
tiba-tiba aku jatuh
tapi aku bangkit
aku cuba berdiri
aku tak sedar aku jatuh lagi

tiba-tiba aku rasa sakit
sakit sangat2 sampai tak tahan
aku rasa nak jerit tapi mulut aku terkunci
aku tak perasan lagi harta aku hancur
tapi aku rasa aku tau harta aku akan hancur
tapi kenapa aku biar?
malangnya memang dah hancur
hancur lebur berterabur mcm pasir

tapi rupa-rupanya dalam tak sedar aku kutip
aku kutip sisa yang dah bertaburan tu
aku kutip sikit-sikit
aku sambungkan,aku jadikan balik mcm biasa
tapi asyik berterabur balik
asyik hancur sampai kadang-kadang aku malas nak berusaha lagi
tapi aku kuatkan hati sbb aku tau aku nak guna lagi
walau kadang-kadang aku rasa penat dan sakit
aku tetap cuba

tapi sampai bila?
sampai bila aku boleh tahan untuk mengutip,menyambung sisa-sisa tu?
aku takut tiba-tiba hilang sendiri
tapi aku buntu nak buat apa
tapi dalam tak sedar atau tak perasan,
aku asyik jatuh lagi walau cuba berkali...
kenapa dgn aku ni??

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home