April 14, 2008

Ketikan Trauma & Fobia

ye..ketikan ini berkisarkan tentang trauma yang sedang saya rasakan..

baru sahaja minggu lps, saya mendengar berita tentang pemergian seorang ibu daripada teman rapat saya iaitu Syam..ibu syam meninggal akibat kanser..

baru sahaja tadi pula,saya mendapat berita tentang ayah kepada seorang lagi teman rapat yang pernah berkongsi bilik dgn saya pada zaman kolej beberapa tahun lps..papa nana juga telah kembali ke rahmatullah pagi tadi,juga akibat kanser...

mungkin dari riak wajah, ekspresi muka, tiada siapa tahu bagaimana perasaan saya mendengar berita sebegitu..

ye,saya fobia dan trauma mendapat berita kematian in a family daripada siapa-siapa pun...apa tah lagi jika dari keluarga sendiri..tak mungkin siapa pun dapat merasakan apa yg dirasa oleh teman-teman saya itu...tapi saya memahami mereka..walaupun rasa tak mungkin sama,tapi saya mengerti...

saya dan si pawana tak pernah suka jika sesiapa berkata takziah atau pun menumpang kesedihan dengan kami..kami tak suka sesiapa merasa kesedihan kami itu,jgn diminta untuk menumpang kesedihan kami sbb kesedihan itu tak terkata, tak terluah dgn perkataan atau perlakuan...biarkan kami bersedih, bantu kami untuk kuat dgn memberikan kata-kata semangat..begitu juga dgn dua teman saya itu...saya tidak menyatakan tentang kesedihan kpd mereka, sebaliknya saya menyuruh mereka kuat,tabah dan bersabar,serta jgn berhenti menghadiahkan ibu bapa mereka dgn doa-doa yang tidak berpenghujung...

beberapa hari lps,hati saya sgt kuat rindukan arwah mama...tiap kali sebelum tidur,saya akan termenung, melihat cahaya yg keluar daripada tingkap bilik, mengenang mama...bgmana mama akan rasa melihat perlakuan saya dan pawana?bgmana keadaan mama dan ayah di sana?saya rindu dgn suaranya, gelak tawanya, senyuman manisnya...semasa memandu dgn mumu saya,hampir mengalir air mata bila memikirkan tentang mama...terdetik krn teringat yg beruntungnya teman-teman yg lebih berumur drpd saya,tetapi masih dapat mendengar gelak tawa, bebel dan jeritan ibu mereka memarahi, masakan drpd air tangan...saya rindukan itu semua...mumu saya ckp, saya ada byk ibu-ibu,mama yg lain..tp tak mungkin sama...dan siapakah saya nak menumpang kasih mereka itu...

saya mungkin mengharapkan saya dpt memutar masa so that saya dpt menghabiskan byk lagi masa dgn mama...saya rindu sgt2 kt dia...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home