September 24, 2008

Silap Saya

silap saya,
terlalu meninggikan
terlalu membanggakan
terlalu meletakkan harapan
terlalu mendahulukan
terlalu mengenangkan

silap saya,
sbb sangka saya juga separuh daripada mereka
sbb saya letak mereka separuh daripada saya
rupanya saya sendiri saja yg rasa semua
rupanya saya tak seistimewa mereka seperti mereka pada saya

silap saya,
sbb saya terlalu penyayang
sbb saya terlalu emosi
sbb saya terlalu sensitif
sbb saya cepat terasa
sbb saya terlalu tegas bila bekerja

silap saya,
kalau saya masih tak berundur
kalau saya tak minta maaf kpd semua
kalau saya tak berubah-ubah utk kebaikan kita
kalau saya masih yang sama

dengan itu,
secara rasmi,
saya berundur diri.

terima kasih kerana hadir kalian byk membantu perjalanan hidup saya
terima kasih kerana hadir kalian byk mengajar saya erti dunia
terima kasih kerana hadir kalian saya tahu apa makna persahabatan
terima kasih kerana hadir kalian membuatkan saya akan lebih kental selepas ini
terima kasih kerana kalian pernah hadir sebagai keutamaan

harap maaf, minta ampun di atas semua silap dan dosa,dari hati kudus,seikhlas jiwa,dari lubuk hari,saya memohon dimaafkan salah silap,terkasar bahasa,terlebih perilaku,terlebih batas persahabatan..

5 tahun kita indah,penuh dgn suka..saya akan simpan suka itu hingga hujung nafas,saya akan buang pengakhiran yg penuh hitam ini...sayang saya buat kalian smp mati,pegang janji saya,kalian tak mungkin akan saya lupa..

terima kasih & maaf & ampun.

2 Comments:

Blogger siku lipat said...

bagus poem ini. :)

September 24, 2008 at 4:27 PM  
Blogger Shaira Amira said...

miss nona :) hehe

dah beli baju raya?

September 28, 2008 at 6:35 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home